Istana Seri Kinabalu sekali lagi jadi tumpuan hari ini

Istana Seri Kinabalu sekali lagi jadi tumpuan hari ini

Kota Kinabalu: Istana Seri Kinabalu sekali lagi menjadi tumpuan susulan jangkaan majlis angkat sumpah yang pada jam 10 pagi ini.

Tinjauan Deasoka di sekitar perkarangan menuju ke istana negeri mendapati keadaan masih tenang dan terkawal, setakat jam 9 pagi ini.

Dalam pada itu, beberapa kereta mewah dilihat masuk ke Istana Seri Kinabalu setakat jam 8.30 pagi tadi.

Pasukan keselamatan juga dilihat sudah berkumpul di luar pintu gerbang menuju ke Istana negeri sejak awal pagi tadi.

Semalam, berita mengenai kemungkinan satu majlis angkat sumpah anggota baharu Kabinet negeri diadakan di Istana Seri Kinabalu hari ini tersebar selepas selesai Persidangan Khas DUN Sabah.

Upacara yang dijadual diadakan di Dewan Kunjungan pada jam 10 pagi itu adalah berdasarkan surat jemputan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), aturcara majlis dan surat pemakluman daripada Istana kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu yang tular di media sosial.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|