Kemelut politik tidak wajar berlaku

Kemelut politik tidak wajar berlaku

Kota Kinabalu: Kemelut politik Sabah sekarang tidak sepatutnya berlaku kerana sudah ada perjanjian di antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) selepas PRN16 pada 2020.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata perjanjian itu berkaitan pelantikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan semua portfolio di antara PN dan BN.

Katanya, rakyat harus tahu mengenai perjanjian itu dan UMNO BN tidak harus mengambil tindakan seperti yang dilakukannya ketika ini demi kepentingan rakyat

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|