Hajiji bertemu pemimpin GRS, PH dan 5 ADUN UMNO

Hajiji bertemu pemimpin GRS, PH dan 5 ADUN UMNO

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama semua pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkumpul di kediaman rasmi, Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir, tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Selain itu, lima ahli UMNO turut kelihatan berada di kediaman rasmi Ketua Menteri berkenaan.

Datuk Seri Hajiji Noor tiba di kediaman rasmi, Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

Difahamkan, satu perbincangan tertutup akan diadakan berhubung kemelut politik yang melanda Sabah, ketika ini.

Ketika ini kerajaan Sabah ditunjangi GRS bersama BN atau disebut Kerajaan GRS-BN dengan 46 kerusi, selain turut disokong Pakatan Harapan Sabah sejajar pembentukan Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan yang ditunjangi PH.

Sebahagian ADUN yang berkumpul di kediaman rasmi, Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu.

UMNO dan BN Sabah sebelum ini menamatkan kerjasama membentuk kerajaan negeri Sabah yang dimeterai sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) pada September 2020.

Ia berikutan pengumuman dibuat Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar malam ini berhubung keputusan pihaknya untuk menarik diri daripada kerjasama itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|