Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun lemas selepas terjatuh dalam parit takungan air di Kampung Rawa-Rawa Jalan Kuhara, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikatakan sedang mandi bersendirian di hadapan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.36 malam daripada ibu Saudara mangsa mengatakan cucu lelakinta jatuh dan lemas di parit takungan air.
“Siasatan telah dijalankan mendapati mangsa dipercayai terjatuh ke dalam parit takungan air ketika sedang mandi bersendirian.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau dan bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
- Deasoka
tag: #Lemas, #Pdrm, #Tawau, #Sabah
tamat
Caption
Mayat kanak-kanak lemas selepas dipercayai terjatuh dalam parit takungan air di Kampung Rawa-Rawa, Jalan Kuhara, Tawau.