Kaedah hapus kira tingkat kredibiliti

Kaedah hapus kira tingkat kredibiliti

KOTA KINABALU: Kaedah hapus kira merupakan salah satu langkah pemulihan hutang tidak berbayar (NPL) bagi meningkatkan kredibiliti Sabah Development Bank (SD Bank).

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, kaedah tersebut selaras dengan usaha meneruskan pembiayaan projek di bawah perjanjian rangka kerjasama strategik Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Beliau berkata, penyelesaian tersebut akan dilaksana dengan secara berperingkat bermula tahun depan hingga selesai dan dengan pembiayaan kerajaan negeri, ianya dilihat akan meningkatkan keupayaan SD Bank merancakkan keupayaan pembangunan ekonomi semasa.

“Dengan pembiayaan kerajaan negeri ini mampu meningkatkan keupayaan SD Bank dalam merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

“Kerajaan negeri yakin dengan lebihan pembiayaan ini, SD Bank berupaya untuk membiayai program-program pembangunan yang bermanfaat dari segi sosial dan ekonomi melalui agensi-agensi kerajaan dengan kewangan yang kukuh,” katanya dalam sidang DUN Sabah, hari ini.

Masidi berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang membangkitkan soalan jumlah hutang tidak berbayar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan bebanan sedia ada untuk menampung hutang berkenaan akibat kaedah hapus kira yang dilaksanakan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|