Hidu gas klorin, 6 pekerja tapak pembinaan dikejarkan ke hospital

Hidu gas klorin, 6 pekerja tapak pembinaan dikejarkan ke hospital

TAWAU: Enam pekerja warga asing di sebuah tapak pembinaan dikejarkan ke hospital kerana terhidu gas klorin dalam kejadian berhampiran Pegagau Agriculture Wakuba, dekat sini, semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 11 pagi itu melibatkan kesemua mangsa lelaki berusia antara 19 hingga 35 tahun.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 5.37 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi menyelamat mangsa.

“Pasukan Bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat dan mendapati kebocoran Gas telah berlaku sekitar jam 11 pagi semasa kerja-kerja mengorek tanah menggunakan excavator di tapak pembinaan rumah pekerja.

“Kita kemudiannya membuat kerja-kerja zoning menggunakan gas detector untuk mengambil bacaan radiasi bahan dan menampal kebocoran pada tong yang dikenalpasti jenis klorin menggunakan tanah dan plastik, ” katanya.

Jelas beliau, BBP Tawau turut melaksanakan kerja-kerja memindahkan orang awam yang berada berhampiran kawasan pada jarak 500 meter hingga 1 kilometer.

“Kerja-kerja Decontamination juga telah dijalankan sebelum meninggalkan  lokasi kejadian dan operasi ditamatkan pada jam 8.36 malam, “katanya.

Kesemua mangsa yang terlibat masih mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|