Hidangan menarik sempena Tahun Baharu Cina di The Crab Seafood Restaurant

Hidangan menarik sempena Tahun Baharu Cina di The Crab Seafood Restaurant

Kota Kinabalu: Sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, The Crab House Seafood Restaurant menawarkan pelbagai hidangan makanan laut yang sesuai untuk acara makan besar bersama keluarga tersayang.

Antara hidangan yang menjadi pilihan pelanggan ialah Signature BBQ Crab, Steamed Seasonal Fish with Soy Sauce, Salt and Pepper Crab, Steamed Prawn with Minced Garlic dan Stir-Fry Lala with Chili antara lain.

Lokasi The Crab Seafood Restaurant yang terletak berhampiran Jesselton Point.

Mereka turut menyediakan set ‘Yee Sang’ yang merupakan hidangan yang tidak asing lagi setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Menjadikan elemen kesegaran bekalan makanan sebagai keutamaan, mereka mengutamakan penyaluran daripada peniaga tempatan dari Semporna, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Ruangan dalam The Crab Seafood Restaurant.

Selain daripada itu, The Crab Seafood Restaurant turut menitikberatkan faktor keselesaan bagi setiap pelanggan yang datang ke kedai mereka.

Oleh itu, mereka turut menyediakan sebanyak 11 bilik persendirian yang boleh disewa untuk mereka yang inginkan privasi untuk makan bersama keluarga mahupun menganjurkan acara.

Salah sebuah bilik VIP yang menawarkan lebih keselesaan dan privasi kepada pelanggan.

Setiap bilik yang disediakan adalah berbeza dari segi keluasan dan kapasiti dalam satu-satu masa, pelanggan mempunyai kebebasan untuk memilih berdasarkan keperluan mereka.

Bagaimanapun, apa yang pasti, kesemua bilik VIP tersebut turut dilengkapi dengan set karaoke, tandas dan ruangan yang selesa.

The Crab House Seafood Restaurant kini berada di lokasi baharu, iaitu di Jalan Gaya, berhampiran Jesselton Point, yang turut menawarkan ruangan makan dan tempat letak kereta yang luas.

Waktu pengoperasian mereka semasa Tahun Baharu Cina adalah seperti biasa, iaitu 10 pagi hingga 3 petang dan 4.30 petang hingga 10 malam.

Bagaimanapun, khusus untuk tarikh 23 Januari 2023, waktu operasi mereka bermula 4 petang hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan sempena Tahun Baharu Cina, orang ramai boleh menghubungi mereka di talian 011-55001883 atau 010-7671883.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|