Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, malam tadi melakukan tinjauan mesra atau walkabout di Pasar Malam Foh Sang, Luyang, di sini.
Dalam tinjauan mesra sempena sambutan Tahun Baharu Cina itu, Ketua Menteri turut bertemu dengan peniaga dan masyarakat Tionghua serta orang ramai yang mengunjungi pasar malam berkenaan.

Hajiji diiringi Menteri Pembangunan Perindustrian negeri yang juga ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin serta ADUN Likas, Tan Lee Fatt.
-Deasoka