Hajiji terima Buku Laporan Tahunan SMJ 1.0

Hajiji terima Buku Laporan Tahunan SMJ 1.0

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima Buku Laporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 (2021-2025) Tahun 2022 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Terdahulu, Hajiji berkata, Sekretariat SMJ telah mengeluarkan dua laporan iaitu laporan tahunan pencapaian sepanjang dua tahun Pelan Pembangunan SMJ dan Laporan Pencapaian Inisiatif Tahun 2022, yang memaparkan perincian “report card” dengan markah pencapaian.

“Kedua-dua laporan ini boleh diakses melalui portal Sekretariat Sabah Maju Jaya: smj.sabah.gov.my.

“Sebuah buku juga telah diterbitkan dan Sekretariat SMJ akan mengedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Rosmadi Sulai; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri/Timbalan Ketua Sekretariat SMJ, Ramlee Kariah dan pegawai Sekretariat SMJ.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|