Hajiji, Shell Malaysia akan bincang isu penutupan stesen minyak

Hajiji, Shell Malaysia akan bincang isu penutupan stesen minyak

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor akan bertemu dengan Shell Malaysia bagi membincangkan isu 35 stesen runcit di Sabah dan Labuan yang akan ditutup awal tahun depan.

“Saya sedar situasi itu dan akan bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman untuk mengetahui lebih lanjut mengenai situasi dan nasib peruncit yang terjejas di Sabah dan Labuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shell Timur Sdn Bhd, yang mengendalikan kiosk Shell di Sabah dan Labuan telah mengesahkan ia akan menutup beberapa stesen runcit yang kurang produktif di Malaysia Timur untuk mengekalkan prestasi syarikat dalam semakan berterusan.

Adalah dilaporkan bahawa antara yang terjejas ialah 10 di Tawau, dua di Semporna, enam di Lahad Datu, 12 di Sandakan, dua di Labuan, dan masing-masing satu di Likas, Telipok dan Kuala Penyu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|