Lelaki terselamat dari maut selepas motosikal terperosok bawah pacuan empat roda

Lelaki terselamat dari maut selepas motosikal terperosok bawah pacuan empat roda

Tawau: Seorang bapa yang hendak mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu terselamat dari maut apabila motosikal yang ditunggangnya terperosok dibawah kenderaan pacuan empat roda dalam satu kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tanjung Batu Tengah Tawau Sabah, pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, sebelum kejadian pada kira kira jam 2 petang, motosikal yang ditunggangi mangsa lelaki berumur 30 tahun secara tiba-tiba dilanggar sebuah motokar berwarna putih dari arah belakang.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa terjatuh ke arah lorong bertentangan dan pada sama sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dimax dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun sedang dalam perjalanan dari arah bandar Tawau hendak menuju ke kampung Bukit Kukusan.

“Akibat jarak terlalu dekat, kenderaan pacuan empat roda tersebut tidak dapat mengelak menyebabkan motorsikal tersebut terperosok di bawah tayar kanan hadapan.

“Bagaimanapun, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan, manakala motokar putih yang melanggar mangsa betindak melarikan diri dan kini usaha sedang giat dijalankan pihak polis untuk mengesan kenderaan tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil bagi membantu siasatan, kes disiasat di bawah Rule 10 166/59.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|