Ambulan pacuan empat roda APM untuk Sabah

Ambulan pacuan empat roda APM untuk Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menyaksikan penyerahan lapan buah ambulan pacuan empat roda Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk kegunaan lapan APM Daerah di perkarangan Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong menerima ambulan itu daripada Ketua Pesuruhjaya APM, KPj (PA) Aminurrahim Mohamed dan kemudiannya menyerahkannya kepada lapan Pegawai APM Daerah.

Antaranya ialah Tuaran, Papar, Sandakan, Keningau, Pitas, Ranau, Putatan dan Kalabakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|