Hajiji sahkan bakal rombak Kabinet

Hajiji sahkan bakal rombak Kabinet

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan bakal berlaku rombakan Kabinet negeri.

Menerusi satu kenyataan ringkas petang ini, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata maklumat lanjut mengenai rombakan itu akan dikeluarkan kemudian.

“Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya.

Desas-desus mengenai kemungkinan berlaku rombakan Kabinet negeri timbul hari ini selepas spekulasi cubaan menukar kerajaan negeri tersebar semalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|