Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dilantik sebagai Canselor University College Sabah Foundation (UCSF), baru-baru ini.
Beliau menerima watikah pelantikan daripada Pengerusi Badan Pengelola dan Lembaga Pengarah universiti itu, Datuk Mohd Yaakub Johari dengan disaksikan Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar pula dilantik sebagai Pro-Canselor UCSF.
UCSF merupakan sebuah kolej universiti kategori IPTS milik penuh Yayasan Sabah yang didaftarkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi pada 2014.
Universiti itu menawarkan program peringkat diploma dan ijazah sarjana muda untuk rakyat di negeri ini.
-Deasoka