KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) berkuat kuasa serta merta.
Beliau menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada satu majlis di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.
Pada majlis sama, Hajiji turut menyampaikan surat pelantikan kepada ADUN Tanjung Papat, Datuk Frankie Poon sebagai Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).
Pelantikan Pengerusi DAP Sabah itu juga berkuat kuasa serta merta.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Dr Yusof dan Frankie, Hajiji berharap mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.
-Deasoka