GRS sedia buktikan keabsahan kerajaan pimpinan Hajiji

GRS sedia buktikan keabsahan kerajaan pimpinan Hajiji

Kota Kinabalu: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor jika ada keperluan.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata ketika ini, Hajiji menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk terus memimpin kerajaan Negeri yang ada sekarang.

Katanya, ia termasuk tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah yang tampil menyatakan sokongan kepada Hajiji sebelum ini.

“Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.

“Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu berikutan ada pihak tertentu yang mendakwa memperolehi sokongan lebih separuh daripada ADUN untuk membolehkan kumpulan berkenaan menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|