Deretan 3 kedai musnah terbakar

Deretan 3 kedai musnah terbakar

Kinabatangan: Deretan tiga kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Gomantong Jaya, Jalan Sukau, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian jam 11.18 pagi.

Kebakaran deretan tiga kedai di Kampung Gomantong Jaya, Jalan Sukau.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bersama jentera dikerahkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

“Ketika tiba di lokasi kejadian didapati api sedang marak membakar deretan tiga kedai kelas C.

“Anggota berjaya memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran, satu pacutan dari jentera bomba,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati kebakaran menyebabkan deretan tiga kedai itu musnah 100 peratus.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Kebakaran berjaya dikawal pada 12.06 tengah hari dan dipadam sepenuhnya pada 3 petang.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|