DBKK sumbang insentif RM25,000 atas kecemerlangan atlet SAGA KK

DBKK sumbang insentif RM25,000 atas kecemerlangan atlet SAGA KK

KOTA KINABALU: Sukan Sabah (SAGA) X yang telah melabuhkan tirainya pada Jumaat lalu dan Kontinjen Kota Kinabalu dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan pada edisi penganjuran kali ini. Kontinjen Kota Kinabalu berjaya merangkul pingat 32 emas, 25 perak dan 30 gangsa.

Ketua Pengarah DBKK, bersempena kejayaan merangkul pingat oleh para atlet Kontinjen Kota Kinabalu ketika temasya sukan pada kali ini, pihaknya berbesar hati untuk meluluskan insentif kepada atlet yang memenangi pingat di temasya sukan SAGA X.

“Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip telah meluluskan sejumlah RM 25,000 sebagai pengiktirafan dan insentif atas kecemerlangan yang ditunjukkan sepanjang temasya tersebut berlangsung.

“Sebanyak 22 jenis sukan telah dipertandingkan sejak ianya bermula pada 14hb Disember lalu dan Kontinjen Kota Kinabalu telah menghantar seramai 481 peserta termasuk atlet, jurulatih, pengurus dan urus setia.

“Insentif ini diharap dapat menyuntik semangat moral kepada para atlet untuk terus mengharumkan nama baik Kota Kinabalu dan Sabah melalui sukan dan semakin ramai anak muda di luar sana akan mengikut jejak langkah kejayaan yang sama dan menempa kejayaan di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|