Isu air kolej kediaman UMS, 18,000 liter air bantuan dihantar: Mustapa

Isu air kolej kediaman UMS, 18,000 liter air bantuan dihantar: Mustapa

KOTA KINABALU: 1,000 karton air minuman telah dihantar ke kolej kediaman Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi mengurangkan bebanan pelajar yang kini berdepan dengan cabaran gangguan bekalan air sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapa Sakmud berkata, inisiatif tersebut diambil oleh Pejabat Parlimen Sepanggar berikutan permasalahan berkenaan baru-baru ini.

“Sejak dua hari lalu, kita telah menghantar sebanyak 18,000 liter air minuman dan esok ada 6,000 liter lagi akan tiba.

“Yang biasa itu kita bergantung kepada Jabatan Air, sebenarnya UMS pun ada mnggunakan tangki, kita tidak mahu bertembunglah, jadi mana yang Jabatan Air boleh buat ataupun pengurusan UMS boleh buat, itu biar mereka buatlah tapi kami terpksa hantar yang segera sebab ada penghuni tengah menjalani peperiksaan jadi kita hantar air mineral untuk kegunaan mereka buat sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu gangguan bekalan air di beberapa kolej kediaman UMS, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata, pihaknya sentiasa berkerjasama rapat dengan pihak berkenaan termasuklah Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Air Sabah bagi menangani permasalahan bekalan air bukan sahaja di UMS, bahkan seluruh kawasan Sepanggar secara amnya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|