Cadang salur ke Akaun Amanah, elak peruntukkan luput: Ketua Menteri

Cadang salur ke Akaun Amanah, elak peruntukkan luput: Ketua Menteri

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah mencadangkan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan supaya peruntukan Persekutuan dapat disalurkan kepada satu Akaun Amanah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ianya bagi memastikan peruntukan tersebut tidak luput sekiranya tidak dapat dibelanjakan pada tahun semasa.

“Kerajaan Negeri akan memantau agar peruntukan dalam Akaun Amanah tersebut digunakan secara efisien mengikut maksud pemberian peruntukan tersebut, “katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan jawaban lisan kepada ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking di persidangan DUN bersempena mesyuarat penggal ke-empat DUN 16, di Kota Kinabalu, pagi tadi.

Terdahulu, Hajiji dalam sesi sama menjelaskan kerajaan telah membelanjakan RM4.457 bilion daripada RM5.709 bilion yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun lalu.

Jelas beliau, sebanyak RM1.252 bilion tidak dapat dibelanjakan disebabkan isu-isu pelaksanaan seperti isu membabitkan kontraktor, utiliti, tanah, pengurusan dan agensi pelaksana.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|