Allayarham Awang Askandar dibawa turun ke Kathmandu esok

Allayarham Awang Askandar dibawa turun ke Kathmandu esok

Kota Kinabalu: Jenazah Allayarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacob akan dibawa turun dari tapak kem ke Kathmandu esok sekiranya keadaan cuaca mengizinkan.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak, dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah pada pukul 2.00 petang waktu tempatan hari ini daripada Kem 4 ke tapak kem.

Datuk Armizan Mohd Ali

“Pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah dari Camp 4 ke Base Camp pada jam 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah Lt. Kol (PA) Ag Askandar dijangka akan dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan”, ujar Armizan dalam satu kenyataan media hari ini.

Perkara itu katanya dimaklumkan oleh, Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara, Datuk Mohammad Ali Selamat, dan kaunselor Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Mohd Fazle Abu Hasan di dalam satu sidang video hari ini.

Pada masa sama, menurut Armizan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor telah dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu selain kerajaan negeri katanya akan membantu menampung kos tambahan untuk membawa balik jenazah Allayarham ke Sabah untuk dikebumikan di kampung halamannya di Benoni, Papar.

“Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Begitu juga Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan”, Armizan menambah.

Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan juga menurut Armizan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|