Bomba lancar operasi SAR lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas

Bomba lancar operasi SAR lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas

Sandakan: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki yang dikhuatiri lemas di laut di Kampung Pukat Pasir Putih, di sini, semalam dijalankan hari ini.

Lelaki warga Filipina berusia 18 tahun itu dikhuatiri lemas selepas dipercayai melarikan diri daripada polis, semalam.


Pasukan bomba menjalankan operasi SAR mangsa lelaki dikhuatiri lemas di laut di Kampung Pukat Pasir Putih, Sandakan.

Pada hari yang sama juga, operasi pencarian telah dijalankan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) namun mangsa belum ditemui.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.57 pagi tadi.

Katanya, seramai 11 anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba menjalankan surface rescue dan anggota anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersiap sedia untuk melakukan selaman.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Operasi SAR berkenaan turut dijalankan Maritim Malaysia dan Pasukan Polis Marin (PPM).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|