Belanjawan Sabah 2024, RM5.701 bilion dibentang hari ini

Belanjawan Sabah 2024, RM5.701 bilion dibentang hari ini

KOTA KINABALU: Tema Belanjawan 2024, Sabah Teguh Rakyat Terbela menyaksikan jumlah bajet sebanyak RM5.701 bilion yang membawa matlamat terus membangunkan dan sejahtera rakyat secara mapan.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Belanjawan kali ini dirangka khusus demi membela kesejahteraan hidup rakyat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berterusan.

“Saya ingin menekankan di sini bahawa Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk menyediakan Belanjawan yang holistik dan inklusif.

“Bagi merealisasikan matlamat tema Belanjawan 2024, Kerajaan Negeri mencadangkan satu Anggaran Perbelanjaan Perbekalan sebanyak RM5.701 bilion dengan Anggaran Hasil Negeri sebanyak RM5.737 bilion.

“Ini bermakna, Belanjawan 2024 merupakan satu Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM35.87 juta,” katanya dalam sesi pembentangan Belanjawan Negeri Sabah bersempena Sidang DUN Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Mengulas lanjut, Masidi berkata, dalam mengekalkan kemampanan kedudukan kewangan negeri untuk terus kekal kukuh dan stabil, Kerajaan Negeri telah merangka strategi menerusi penganalisaan petunjuk-petunjuk dan ramalan ekonomi secara menyeluruh sebagai langkah persediaan menghadapi kelembapan ekonomi pada tahun 2024.

Jelasnya, sehubungan itu,Belanjawan 2024 disediakan dengan berpandukan unjuran hasil agar dapat mengekalkan Belanjawan Lebihan dan seterusnya dapat meningkatkan rizab negeri.

“Belanjawan 2024 disediakan dengan agihan Anggaran Perbekalan dan Anggaran Pembangunan mengikut Kementerian seperti berikut, yang pertama, Kementerian Kewangan iaitu sebanyak RM2.48 bilion perbekalan dan RM5 juta untuk tujuan pembangunan.

“Yang kedua adalah Kementerian Kerja Raya: RM1.03 bilion perbekalan, RM689.66 juta pembangunan, ketiga Jabatan Ketua Menteri: RM712.64 juta perbekalan, RM177.83 juta pembangunan,” katanya.

Tambah beliau, antara kementerian yang turut diagihkan adalah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (RM363.91 juta perbekalan, RM189.16 juta pembangunan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (RM82.67 juta perbekalan, RM144.50 juta pembangunan), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM184.71 juta perbekalan, RM25.32 juta pembangunan), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (RM180.13 juta perbekalan, RM9.15 juta pembangunan).

Manakala Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (RM148.82 juta perbekalan, RM16.54 juta pembangunan), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (RM120.87 juta perbekalan, RM21.04 juta pembangunan), Kementerian Belia dan Sukan Sabah (RM88.67 juta perbekalan, RM11.5 juta pembangunan), Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (RM26.11 juta perbekalan, RM38 juta pembangunan), Perbelanjaan Tanggungan: RM238.24 juta perbekalan; dan Perbelanjaan Yang Tidak Termasuk Dalam KementerianKementerian: RM43.33 juta perbekalan.

Sementara itu, bagi anggaran perbelanjaan lain adalah termasuk perbelanjaan perbekalan dan pembangunan bagi tahun 2024 yang turut melibatkan sektor-sektor berkaitan.

Deasoka.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|