Penjawat awam, sementara, kontrak dan sambilan harian terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000

Penjawat awam, sementara, kontrak dan sambilan harian terima Bantuan Khas Kewangan RM2,000

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri Sabah termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan Pekerja Sambilan Harian bersempena Belanjawan 2024 Sabah.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Bayaran Khas Kewangan berkenaan akan dibayar secara dua kali iaitu RM1,000 dibayar pada bulan Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.

“Kerajaan amat menghargai atas komitmen dan usaha para penjawat awam dalam menggalas tugas yang telah diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

“Justeru itu, Kerajaan Negeri ingin membawa khabar gembira kepada semua Penjawat Awam Negeri Sabah khususnya kepada Kumpulan Perkhidmatan Sokongan yang menjadi penggerak utama jentera pentadbiran Kerajaan.

“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk terus bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|