Bekas Setiausaha UMNO Semporna bertanding ketua bahagian

Bekas Setiausaha UMNO Semporna bertanding ketua bahagian

Semporna: Bekas Setiausaha UMNO Semporna, Mohd Syam Muksan berhasrat untuk merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Semporna pada pemilihan parti Mac ini.

Mohd Syam berkata, beliau mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali mendapat tempat di hati rakyat khususnya di Parlimen Semporna.

“Saya yakin dan percaya dengan pengalaman saya sebelum ini pernah menjadi Setaiusaha UMNO bahagian di sini digerakkan dengan idea, semangat juang yang kental, saya dapat menggembeleng segala usaha dan gerak kerja yang sepadu.

“Bersama-sama kita memastikan kebangkitan UMNO dan meyakinkan rakyat khususnya di Semporna agar kembali bertaut kepada UMNO dan BN,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan di Pejabat UMNO Semporana, di sini.

Selain pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Syam juga adalah produk dari kilang Pemuda UMNO dan pernah menjadi Exco Penerangan Pemuda UMNO negeri.

Moh Syam percaya beliau mempunyai kelebihan tersendiri untuk menerajui kepimpinan UMNO Bahagian Semporna di samping mendapat sokongan majoriti daripada akar umbi.

“Saya juga percaya, hubungan baik saya bersama akar umbi dapat membawa semua jentera untuk terus melipat ganda usaha bagi mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang demi agama, bangsa dan tanah air.

“Saya dengan ini bersedia menggalas amanah besar ini, merayu sokongan dan dokongan serta undi seluruh perwakilan di bahagian ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|