Balai bomba perlu dibina di Menumbok: Aminah

Balai bomba perlu dibina di Menumbok: Aminah

MENUMBOK: Daerah kecil Menumbok memerlukan sebuah Balai Bomba untuk bagi menangani insiden kecemasan seperti kebakaran.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata, walaupun terdapat sebuah balai Bomba di daerah Kuala Penyu namun jarak perjalanan antara daerah itu ke daerah kecil Menumbok mengambil tempoh respon yang lama.

” Ini terdorong juga dengan faktor di mana sebilangan rumah penduduk tempatan di sini dibina dengan menggunakan kayu, papan selain amat berhampiran antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort beliau akan memohon kepada kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina sebuah balai Bomba di daerah kecil Menumbok .

” Sebuah balai Bomba paling tidak balai Bomba mini perlu ada di daerah ini selain jaraknya jauh dari daerah Kuala Penyu keadaan sebilangan rumah penduduk didirikan berdekatan dan pertambahan jumlah penduduk semakin meningkat ,pembinaan Balai Bomba ini merupakan satu keperluan mendesak bagi penduduk di kawasan ini” katanya

Dalam pada itu Aminah berharap komuniti setempat khususnya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung di kawasan masing-masing dapat menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi menghidupkan kembali amalan kesukarelaan dalam kalangan masyarakat bukan sahaja untuk kes-kes kebakaran namun boleh diguna pakai untuk kes-kes kemalangan yang lain.

” Kerajaan menggalakkan penubungan (PBS) di setiap kampung selain fungsinya menggerakkan persiapan awal menangani kebakaran sebelum jentera tiba di lokasi ianya juga dapat mempupuk semangat kesukarelaan dan kerjasama di kalangan penduduk setampat” katanya.

Terdahulu dari itu Aminah yang diringi oleh Penolong Pegawai Daerah kecil Menumbok Abdul Karim Zahari, kaki tangan Pusat Khidmat Parlimen Beaufort serta pemimpin masyarakat tempatan turut menziarahi lima keluarga yang terlibat dalam kebakaran rumah minggu lalu di kampung Menangah Menumbok.

Dalam kejadian tersebut, lima buah rumah musnah dalam kebakaran terbabit namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|