Anifah Aman dilantik sebagai Senator

Anifah Aman dilantik sebagai Senator

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Senator dan telah mengangkat sumpah di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang juga bekas Menteri Luar berkata, pengalaman dan ilmu pengetahuannya itu akan digunapakai dalam kapasiti baharunya sebagai Senator.

Tegasnya, beliau komited untuk menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik, dan kedaulatan undang-undang serta akan bekerja keras ke arah kebaikan negara dan rakyat.

“Saya menghargai peluang yang diberikan untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia, dalam kapasiti baharu sebagai Senator.

“Saya berharap dapat menyumbang kepada perbincangan dan perbahasan bermakna yang akan membentuk masa depan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya di persada global,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas sokongan dan kepercayaan mereka mengesyorkan dan melantik beliau sebagai Senator kepada Parlimen Malaysia.

Selain itu, katanya, beliau mengakui signifikan pelantikan ini dan berbesar hati dengan kepercayaan dan keyakinan yang telah diberikan terhadapnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|