Amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada di Sabah

Amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada di Sabah

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa bahagian di Sabah, sehingga hari ini.

Menerusi laman sesawang Facebook MetMalaysia, memaklumkan bahawa ia meliputi amaran peringkat bahaya, buruk dan waspada.

“Amaran hujan berterusan (Bahaya) dijangka berlaku di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Sementara itu, amaran hujan berterusan (Buruk) dikeluarkan bagi bahagian pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Tawau (Lahad Datu).

“Manakala, amaran hujan berterusan (Waspada) dikeluarkan bagi Sandakan, iaitu di Tongod,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua amaran itu telah dikeluarkan pada jam 6.30 pagi tadi, dan dijangka berlaku sehingga hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|