4 ditahan termasuk remaja terbabit curi motosikal

4 ditahan termasuk remaja terbabit curi motosikal

Tawau: Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas laporan kecurian sebuah motosikal dibuat, Isnin lalu.

Motosikal itu ditemui sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai di kawasan semak dalam kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Imam, Bombalai.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, berdasarkan laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai membuat pemeriksaan di kawasan perkampungan berkenaan.

Empat lelaki ditahan kerana disyaki terbabit kes curi motosikal di Kampung Sungai Imam, Bombalai, Tawau

Katanya, hasil siasatan polis membawa penahanan empat lelaki disyaki terbabit dalam kes curi motosikal berkenaan.

“Pasukan serbuan juga membuat rampasan sebuah motosikal yang disembunyikan di kawasan semak di sebuah kebun kelapa sawit di kampung berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati motosikal itu mempunyai rekod hilang yang dilaporkan di Balai Polis Bombalai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Motosikal yang dicuri ditemui di kawasan semak di kebun kelapa sawit di Kampung Bombalai, Tawau

Jasmin berkata, semua suspek berusia 16 hingga 21 tahun dan barang rampasan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kekalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|