Aktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat

Aktiviti sukan tingkatkan perpaduan dan amalan gaya hidup sihat

Tuaran: Aktiviti sukan bukan saja satu amalan gaya hidup sihat, malah mampu menjadi medan untuk membentuk dan meningkatkan kerjasama serta perpaduan dalam kalangan rakyat.

Sehubungan itu, isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag mahu Kejohanan Bola Jaring Terbuka yang diadakan di Dewan Sri Sulaman, di sini, semalam diteruskan dari semasa ke semasa.

Juliah bersama juara Kejohanan Bola Jaring Piala DSP Datuk Juliah Salag di Dewan Sulaman Tuaran.

Katanya, langkah itu dapat melahirkan masyarakat yang cergas, aktif dan produktif selain memupuk nilai-nilai murni untuk menghadapi cabaran masa depan.

“Di sampuing itu, aktiviti sukan juga dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, dan membina semangat berpasukan.

“Saya berharap penganjuran kejohanan ini bukan sahaja dapat membantu mempopularkan sukan bola jaring, malah sebagai platform untuk mencari dan mengenal pasti atlit pelapis dalam sukan itu di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Piala Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag di Dewan Sri Sulaman, di sini, semalam.

Juliah berkata, secara peribadi beliau amat menyokong penganjuran program dan aktiviti berorientasikan sukan seperti bola jaring kerana ia dapat membentuk dan meningkatkan semangat kerjasama berpasukan serta perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa dan agama di negara ini, khususnya di Sabah.

Kejohanan itu disertai 20 pasukan bola jaring dan dijuarai pasukan bola jaring Cinnamon NC selepas mengalahkan pasukan UAJ pada pelawanan akhir.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|