ADUN Segama, NGO sumbang makan tengah hari pengamal media di luar istana

ADUN Segama, NGO sumbang makan tengah hari pengamal media di luar istana

Kota Kinabalu: Prihatin dengan nasib para pengamal media yang ‘berkampung’ di hadapan Istana Seri Kinabalu sejak awal lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menghantar sumbangan makanan dan minuman, hari ini.

Pek-pek makanan itu kemudian telah diagihkan kepada para petugas media yang berkampung di hadapan Istana Negeri seawal jam 9 pagi tadi.

Wakil DUN Segama, Dr Mohd Saifullah Mohd Hisham mewakili ADUN Segama menyerahkan bungkusan makanan dan minuman kepada pengamal media di hadapan Istana Seri Kinabalu, hari ini.

Pihak Istana Negeri turut menyediakan pek makanan dan air minuman sebagai santapan tengah hari buat puluhan para media yang hadir.

Selain itu, melihat keadaan pengamal media yang mengharungi hujan dan cuaca panas di sejak beberapa hari ini, pihak mereka turut menyediakan dua buah khemah yang dilengkapkan dengan kipas, serta kerusi untuk keselesaan petugas.

Terdahulu, para pengamal media mula berkumpul di hadapan istana negeri yang kini menjadi tumpuan sejak beberapa hari lalu, susulan kemelut pergolakan politik negeri ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|