44 ADUN sokong Hajiji

44 ADUN sokong Hajiji

Kota Kinabalu: Seramai 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menyokong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk terus mentadbir Sabah.

Perkara itu disahkan sendiri Hajiji ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan bersama semua ADUN terbabit di Sri Gaya, di sini, petang ini.

Berikutan itu, beliau berkata kumpulannya mempunyai sokongan majoriti untuk kekal sebagai kerajaan negeri.

Katanya, jumlah itu merangkumi ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Sabah dan lima ADUN UMNO yang tidak menyertai gerakan dilakukan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ia juga termasuk masing-masing seorang ADUN Dilantik mewakili PAS, ADUN Bebas dan ADUN Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS).

“Kita mempunyai sokongan majortiri seramai 44 ADUN di Dewan Undangan Negeri (DUN). Ini bermakna kerajaan yang ada ini, yang saya pimpin ini masih lagi utuh dan kuat dan akan terus mentadbir Sabah,” katanya.

Hajiji berkata beliau juga sudah menghantar akuan bersumpah (SD) semua 44 ADUN ke Istana Seri Kinabalu, ketika perjumpaan dengan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, semalam.

Sementara itu, katanya isu perlembagaan yang dibangkitkan Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan (WARISAN) boleh dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

“Mana-mana yang tidak berpuas hati, mereka boleh membawanya ke mahkamah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|