ADUN Petagas keluar WARISAN

ADUN Petagas keluar WARISAN

Kota Kinabalu: Seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (WARISAN) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), hari ini.

ADUN Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari bersama pengikut dan penyokongnya membuat pengumuman itu pada sidang media khas, di sini, hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira situasi semasa dan tekadnya untuk membantu rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Katanya, selama tiga bulan beliau berfikir sebelum membuat keputusan berkenaan dan ia dibuat dengan ikhlas agar baki perkhidmatannya sebagai ADUN selama dua tahun lebih sebelum PRN akan datang tidak disia-siakan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|