5 ADUN UMNO keluar parti sertai Gagasan Rakyat

5 ADUN UMNO keluar parti sertai Gagasan Rakyat

Kota Kinabalu: Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah, hari ini mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Mereka ialah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya ( Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Pengumuman itu dibuat pada sidang media khas dipengerusikan Dr Yusof di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, sebentar tadi.

Turut mengumumkan menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga ADUN Parti Warisan (WARISAN) yang mengumumkan keluar parti awal bulan ini.

Mereka ialah Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chrn Bin (Tanjung Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|