Hanya 335 metrik tan beras subsidi ke Pulau Sebatik

Hanya 335 metrik tan beras subsidi ke Pulau Sebatik

TAWAU: Had hanya sebanyak 335 metrik tan beras bersubsidi sahaja dibenarkan untuk dipasarkan di kawasan Pulau Sebatik, Indonesia dalam tempoh sebulan.

Pihak Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Cawangan Tawau menggariskan panduan berkenaan bagi mengawal bekalan makan rutin tersebut daripada diseleweng keluar ke negara jiran itu.

Ketuanya, Mohd Nur Edzudin Abu Bakar berkata, jumlah berkenaan diberi kepada 30 pemegang lesen berdaftar untuk keperluan kepada lebih 52,000 penduduk di kepulauan tersebut.

“Jumlah yang disebutkan itu merupakan hasil data mengenai penduduk di pulau terbabit dan ianya mengikut keperluan penggunaan mereka dalam tempoh sebulan.

“Beras bersubsidi ini kita tidak akan benarkan ianya keluar melebihi paras had yang ditetapkan dalam sebulan untuk kita mengawal daripada bekalan ini diseleweng masuk ke negara jiran, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Operasi Bersepadu Beras Subsidi di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tawau di sini hari ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|