3 cedera van JIM terbabas

3 cedera van JIM terbabas

Kunak: Tiga cedera selepas van milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di hadapan Ladang Tong Len, Jalan Kunak – Lahad Datu, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu jam 11.42 pagi.

Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang mengalami kecederaan.

“Terdapat tiga mangsa yang berada di dalam van berkenaan dan dua mangsa daripadanya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans dan EMRS,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengah hari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|