23 diselamatkan enjin bot rosak

23 diselamatkan enjin bot rosak

Sandakan: seramai 23 individu termasuk tujuh kru bot penumpang asing yang mengalami kerosakan enjin diselamatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di perairan Tanjung Labian, Lahad Datu, Jumaat lalu.

Semua kru, penumpang dan bot berkenaan berjaya diselamatkan oleh TLDM Kapal Diraja Todak (KD Todak).

Menurut kenyataan Markas Wilayah Laut 2, Pangkalan TLDM Sandakan, maklumat diterima daripada Pusat Operasi Markas Wilayah Laut 2 (PUSOP MAWILLA 2) melalui Malaysia Maritime Command Centre (MCC) Tawau, Markas Angkatan Tugas Bersama 2.

“KD TODAK tiba di lokasi kejadian pada jam 11.30 malam dan melakukan pemantauan ke atas bot berkenaan.

“Terdapat tujuh kru dan 16 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun berada di dalam bot terbabit,” katanya.

Jelasnya, keadaan laut bergelora dan kelajuan angin yang kuat menyebabkan kesukaran ketika memberi bantuan terhadap bot berkenaan.

“Bagaimanapun, ia tidak menghalang KD TODAK untuk membekalkan air minuman disamping memastikan keselamatan bot penumpang berkenaan.

“Bot berkenaan berjaya ditunda ke perairan Tanjung Labian, Lahad Datu untuk bersauh dan berlindung dari cuaca buruk sementara menunggu bantuan daripada negara jiran tiba,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|