YPM taja Program Peningkatan Prestasi Akademik Calon SPM 2021

YPM taja Program Peningkatan Prestasi Akademik Calon SPM 2021

Labuan: Yayasan Pelajaran MARA menaja Program Peningkatan Prestasi Akademik Calon SPM 2021 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan baru-baru ini.

Program anjuran SMK Mutiara itu melibatkan 10 mata pelajaran elektif SPM iaitu Bahasa Arab, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Sains Tambahan, MPV Penjagaan Muka & Penggayaan Rambut, Sains Sukan, MPV Landskap & Nurseri, Rekacipta dan Sains Komputer.

Guru Cemerlang Reka Cipta dari SMK Putatan, Dr Mazlan Minhat dan Penyelaras Reka Cipta SMK Mutiara, Mizan Adlia Mohd Shuib bersama calon SPM 2021.

Pengetua SMK Mutiara, Awang Rozlan Manan menzahirkan rasa syukur kepada semua warga SMK Mutiara kerana berjaya mengadakan program yang cukup bermakna buat calon SPM 2021.

Katanya, pelajar didedahkan cara menjawab soalan berdasarkan kehendak peperiksaan, selain membuat latih tubi soalan berteraskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Beliau mengucapkan sayabas kepada pelajar yang berjaya mengaplikasi kemahiran aras tinggi seperti menganalisis, menilai dan membuat sintesis sepanjang sesi program itu berlangsung.

Program Peningkatan Prestasi Akademik Calon SPM 2021.

“Ianya adalah sebagai wadah untuk menilai tahap pemahaman pelajar. Setiap guru panitia mata pelajaran menjemput guru dan penceramah berpengalaman dari luar untuk mendedahkan kepada pelajar kaedah berkesan menjawab soalan SPM mengikut kehendak semasa peperiksaan,” katanya.

Pegawai Seksyen Kecemerlangan Pelajar, Yayasan Pelajaran MARA, Nur Qamariah Husin, mengucapkan terima kasih kepada SMK Mutiara kerana menyahut seruan Yayasan Pelajaran MARA untuk menganjurkan program yang amat bermanfaat kepada calon SPM di Labuan.

Selain SMK Mutiara, turut menyertai program itu di Labuan ialah SMK Rancha-Rancha, IBW SMK Pantai dan SM St Anthony.

Turut terpilih ialah SMK Tun Hussein Onn (Pulau Pinang), SMK Taun Gusi (Kota Belud, Sabah), SMK Batu Sapi (Sandakan, Sabah), SMK Dato Bendahara (Jasin, Johor), SMK Dato Mohd Yunos Sulaiman (Pontian, Johor), SMK Senai (Kulai, Johor) dan SMK Bukit Changgang (Banting, Selangor).

Seramai 10 Guru Cemerlang dijemput sebagai penceramah jemputan antaranya Rosnizan Mohd, Guru Cemerlang Sains Tambahan, Ustaz Haji Mohd Hisham Husin, Guru Cemerlang Bahasa Arab, Nasrulfiza Abdul Rasid, Guru Cemerlang MPV Penjagaan Muka & Penggayaan Rambut, Muhammad Rakhi Mat Saad, Guru Sumber Sains Sukan, Wismarizah Rahmin, Guru Sumber MPV Landskap & Nurseri, Dr Mazlan Minhat, Guru Cemerlang Rekacipta dan Farida Yusof, Guru Sumber Sains Komputer dan Noor Ishak Mohd Salleh, Guru Cemerlang Matematik Tambahan serta Ustaz Ayob Mohd Ali, Guru Cemerlang Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah.

Penolong Kanan Pentadbiran, Hisham Abdul Aziz, berkata menerusi program itu, pihaknya dapat memanfaatkan pengalaman guru pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi teknik menjawab peperiksaan secara berkesan, antara pendekatan yang dilaksanakan SMK Mutiara, untuk membantu pelajarnya menghadapi SPM 2021.

Beliau yang juga Penyelaras Sains Tambahan SMK Mutiara berkata program ini dapat melatih kemahiran mendengar dan memupuk semangat kerjasama, kolaboratif dan pembinaan semangat berpasukan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|