Yayasan Sabah dilantik pelaksana tempatan NCA

Yayasan Sabah dilantik pelaksana tempatan NCA

Kota Kinabalu: Yayasan Sabah dipilih sebagai rakan tempatan bagi melaksanakan Perjanjian Pemuliharaan Alam Semulajadi (NCA) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata pemilihan itu dipersetujui Kabinet negeri pada mesyuaratnya kelmarin.

Katanya, berikutan itu, Yayasan Sabah akan bekerja rapat dengan syarikat Hoch Standard Pte Ltd yang sebelum ini dilantik bagi melasanakan NCA berkenaan.

Beliau berkata, Hoch Standard akan membimbing Yayasan Sabah dalam peranan baharu itu dengan menyediakan teknologi perlu dan pengetahuan untuk memastikan pelaksanaan NCA dibuat dengan sewajarnya.

“Yayasan Sabah akan menandatangani perjanjian perkhidmatan berasingan dengan Hoch Standard yang mana menerusi perjanjian itu, Hoch Standard akan membayar Yayasan Sabah lima peratus daripada pendapatan kasar diperolehi menerusi NCA,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau berkata, wang berkenaan akan digunakan oleh Yayasan Sabah untuk membiayai aktiviti berkaitan NCA yang dilaksanakan yayasan berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|