PBS sambut ulang tahun ke-37 esok

PBS sambut ulang tahun ke-37 esok

Kota Kinabalu: Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menyambut hari ulang tahunnya yang ke-37 di Dewan Hakka, Likas, di sini, esok.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Julita Majungki berkata, sambutan diadakan secara sederhana bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, majlis makan malam itu akan dirasmikan Presiden parti, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

“Jemputan terhad kepada 150 tetamu sahaja yang terdiri daripada kepemimpinan tertinggi PBS dan ketua-ketua bahagian parti.

“Walaupun sambutan diadakan secara sederhana, namun ia cukup bermakna kerana selepas 37 tahun, PBS kekal relevan dalam politik negeri dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi, sebagai parti tempatan yang tertua dan terbesar di negeri ini, PBS sudah melalui pelbagai dugaan dan rintangan.

“Sejak penubuhan parti pada tahun 1985, PBS telah mengharungi pelbagai dugaan dan rintangan dan kami berjaya mengharungi semua dugaan. PBS akan terus berjuang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|