Kota Kinabalu: Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM1.1 juta bagi mengisi tabung yaysan berkenaan daripada PETRONAS dan Yayasan Tengku Abdullah.
PETRONAS menyumbang RM1 juta, manakala baki RM100,000 disumbangkan Yayasan Tengku Abdullah, iaitu sebuah yayasan yang diinisiatif Fomema Sdn Bhd.

Sumbangan itu diterima Pengarah YKS, Rugayah Ag Besar daripada Ketua PETRONAS Sabah dan Labuan, Siti Ayu Haniza Wahab dan Tengku Bakar dari Yayasan Tengku Abdullah pada majlis penyerahan replika cek yang disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, semalam.
YKS dilancarkan pada September tahun lalu atas inisiatif kerajaan negeri bagi melaksanakan agenda kebajikan untuk kumpulan sasaran.
-Deasoka