Yakini perjuangan BN/GRS untuk menangkan calon

Yakini perjuangan BN/GRS untuk menangkan calon

Kota Kinabalu: Jentera dan Jalinan Rakyat (JR) perlu meningkatkan iltizam untuk mempelbagaikan kaedah mendekati pengundi bagi memenangkan calon BN/GRS yang bertanding.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, menyakini perjuangan dan penetapan susur jalur dilaksanakan adalah elemen penting untuk memenangkan calon selain merapatkan jurang di antara jentera dan pengundi.

“Tinggal dua hari lagi tempoh berkempen, maka tingkatkanlah usaha semua untuk berjuang memenangkan calon kita.

“Jangan lagi ada alasan-alasan demi alasan kerana inilah peluang kita untuk mengangkat calon-calon kita ke Dewan Rakyat, jika bukan sekarang, bila lagi?, ” katanya.

Mengulas lanjut, Raime berkata, sehingga ke hari ini, pelaksanaan jentera penerangan negeri telah melaksana pelbagai wadah kempen termasuklah menerusi laman sosial dan bersua muka dengan pengundi yang disasar.

“Perjalanan kempen dari sudut penerangan berjalan dengan lancar dan kita giat menjalankan kempen menerusi media sosial,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|