Yakin mampu pertahan kubu kuat PH

Yakin mampu pertahan kubu kuat PH

Tawau: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mampu mempertahankan semua kerusi kubu kuat di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Keyakinan itu katanya, didorong hasil tinjauan gerakan parti yang berlaku peningkatan keupayaan dan rakyat melihat PH sebagai alternatif untuk membawa Sabah di landasan tepat.

Anwar (lima kiri) menerima cendera kenangan daripada Christina.

Anwar berkata, pilihan rakyat kini mula cenderung ke arah parti alternatif selepas merasai era pemerintahan parti yang berbeza namun tidak ada perubahan besar berlaku.

“Rasuah sama juga, dasar sama juga cuma bezanya menterinya ramai, penasihatnya ramai, penasihat Perdana Menteri dan duta-duta khasnya ramai.

Anwar berucap pada Jelajah Presiden Harapan Sabah Zon Tawau di Dewan Calvary Crown, Tawau.

“Kesan pada rakyat tidak meningkat, yang penting kepada rakyat pengangguran, peluang pekerjaan, menjana pertumbuhan ekonomi, kos, mutu pendidikan, kemudahan asas dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui media pada Jelajah Presiden Harapan Sabah Zon Tawau di Dewan Calvary Crown, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah, Datuk Sangkar Rasam.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pada itu berkata, PH akan bertanding semua kerusi di Sabah dengan senarai calon akhir akan diumum pada 28 Oktober ini.

Ditanya mengenai strategi PH di Sabah, Anwar berkata, masih terdapat kawasan yang perlu pemantauan dan peningkatan keupayaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|