Warga Kumpulan Yayasan Sabah berbuka puasa bersama penduduk Kampung Tawadakan

Kota Belud: Kira-kira 100 penduduk di sekitar Kampung Tawadakan, di sini, hadir memeriahkan Program Iftar atau Berbuka Puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Masjid Al-Asdi, Kampung Tawadakan, semalam.

Program berkenaan dianjurkan menerusi Pejabat Zon Pantai Barat Utara Kumpulan Yayasan Sabah.

Masyarakat Kampung Tawadakan berbuka puasa bersama warga Kumpulan Yayasan Sabah.

Pada majlis itu, Kumpulan Yayasan Sabah turut memberikan sumbangan kepada Masjid Al-Asdi yang disampaikan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman yang mewakili Pengarahnya, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Program Berbuka Puasa Kumpulan Yayasan Sabah adalah antara program yang diadakan setiap tahun untuk memberikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Ia juga bagi menyediakan bahan makanan khasnya untuk golongan yang memerlukan di samping memupuk silaturahim di antara Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|