Warga emas maut, kereta terbabas

Warga emas maut, kereta terbabas

Tuaran: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terbabas sendiri dalam kejadian di Kampung Simpangan Lama, Jalan Tamaparuli-Ranau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, mangsa warga emas berusia 82 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa diberi CPR oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia.

Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 8.03 malam.

Katanya, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Iswara Aeroback yang terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa lelaki terlibat.

“Mangsa diberikan rawatan CPR oleh pasukan Bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi kejadiaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.30 malam,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|