Warga emas jatuh longkang diselamatkan

Warga emas jatuh longkang diselamatkan

Kota Kinabalu: Seorang lelaki terjatuh ke dalam longkang sebelum diselamatkan orang awam dalam kejadian yang difahamkan berlaku di Pekan Manggatal, di sini, malam tadi.

Kejadian memaparkan lelaki yang dipercayai warga emas terbabit mendapat perhatian ramai selepas tular di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

Tangkap layar komen netizen di Facebook yang memuji tindakan orang ramai membantu menyelamatkan seorang warga emas yang terjatuh ke dalam longkang di pekan Manggatal.

Difahamkan, longkang yang terletak di belakang kawasan kedai berkenaan terbuka disebabkan penutup simennya yang dikatakan sudah rapuh.

Menerusi rakaman berdurasi hampir dua minit yang dipaparkan di akaun Facebook Baharuddin Bob itu, mangsa terbabit disedari berada di dalam longkang oleh pemilik sebuah restoran berhampiran.

Video viral memaparkan seorang warga emas diselamatkan selepas terjatuh ke dalam longkang tidak berpenutup di kawasan belakang kedai pekan Manggatal.

Difahamkan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan mengaku terjatuh berikutan ketiadaan penutup longkang selain keadaan gelap.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|