PPM rampas 561 bungkus minyak masak paket cuba diseludup

PPM rampas 561 bungkus minyak masak paket cuba diseludup

Semporna: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 561 paket minyak masak bersubsidi dalam operasi di kawasan Laut Pulau Sibangkat, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, semua minyak berkenaan dipercayai cuba diseludup keluar untuk pasaran negara jiran.

Bot pam membawa minyak masak bersubsidi dikesan dalam keadaan mencurigakan di perairan Pulau Sibangkat.

Difahamkan, semua minyak masak berkenaan dibawa menaiki sebuah bot pam sebelum dikesan pasukan operasi dalam keadaan mencurigakan.

Bagaimanapun, sebaik cuba dihampiri, pemandu bot terbabit terus bertindak memecut ke kawasan cetak sebelum terjun dan melarikan diri ke kawasan hutan pulau berkenaan.

Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan minyak masak paket yang disimpan di dalam bot pam berkenaan.

Semua minyak masak dan bot pam yang dilengkapi dua enjin itu terus dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk tindakan selanjutnya.

Semua minyak masak dan bot pam berkenaan dianggarkan bernilai RM10,005 berdasarkan harga pasaran semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|