Warga emas ditemui selamat

Warga emas ditemui selamat

Kota Belud: Wanita warga emas yang hilang sejak semalam, selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Kalibungan Rosok, di sini, ditemui selamat, hari ini.

Mangsa berusia 84 tahun terbabit ditemui pada jam 7.30 pagi oleh ahli keluarganya kira-kira 500 meter dari rumahnya dalam keadaan selamat.

Mangsa ditemui kira-kira 500 meter dari rumahnya dalam keadaan selamat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mangsa ditemui dalam keadaan selamat sedang berjalan kaki selepas dipercayai tersesat.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 9 pagi,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Dalam kejadian semalam, mangsa, Kito Dentok, 84, dikatakan keluar dari rumah seorang diri ke kebun sebelum disedari hilang oleh cucunya kira-kira jam 5 petang.

Usaha mencari mangsa terus dilakukan ahli keluarga dan penduduk kampung di sekitar lakasi namun masih gagal menemuinya.

Mereka kemudiannya bertindak menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|