Warga emas cedera ringan, pokok tumbang hempap rumah

Warga emas cedera ringan, pokok tumbang hempap rumah

Kinabatangan: Seorang wanita warga emas cedera ringan selepas sebatang pokok tumbang dan menghempap rumahnya di Kampung Menggaris, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, menyebabkan rumah didiami mangsa mengalami kerosakan 80 peratus.

Anggota bomba memotong pokok yang tumbang menggunakan mesin gergaji.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 10 pagi, hari ini.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan digerakkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba mengalihkan dahan pokok yang tumbang.

“Setiba di lokasi terdapat pokok tumbang dan menghempap sebuah rumah yang menyebabkan kerosakan 80 peratus. Terdapat seorang wanita berusia 62 tahun cedera ringan.

“Pasukan bomba kemudian bertindak memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan mesin gergaji,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi memotong dan mengalihkan pokok tumbang masih dijalankan.

-deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|