Warga asing rogol wanita ditahan

Warga asing rogol wanita ditahan

Tawau: Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terbabit kes rogol membabitkan seorang wanita, di sini, Selasa lalu.

Tangkapan suspek berusia 30-an itu dijalankan sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Sri Indah, pada 28 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Batu 35 Jalan Tawau – Semporna.

Katanya, ketika kejadian suspek telah menemui mangsa di luar rumah mangsa.

“Ketika itu, suspek mengugut mangsa menggunakan senjata tajam agar mengikuti suspek.

“Mangsa yang ketakutan telah mengikuti suspek sehingga tiba di suatu kawasan suspek bertindak merogol mangsa,” katany dalam kenyataan, hari ini.

Jasmin berkata, suspek berjaya ditahan hasil serbuan polis di kawasan rumah pekerja sebuah ladang di Tundong.

“Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|